Selasa, 22hb Februari 2011. Telah post date sehari. Pukul 9 pagi kami ke klinik untuk review doktor. Macam biasa bila sampai klinik kena cek kencing, timbang berat dan pam tekanan darah dulu. Masa tu semunya normal. Kemudian tunggu pula giliran untuk jumpa doktor. Agak lama juga kena tunggu sebab ramai orang. Sementara menunggu tu borak-borak dengan akak yang duduk dekat sebelah. Lebih kurang pukul 11.30 pagi baru dapat jumpa doktor. Macam biasa doktor akan tanya 'ada pening-pening kepala tak? Ada rasa nak mutah tak? Ada sakit kat ulu hati tak?' dan jawapannya tak. Memang masa tu rasa biasa-biasa je. Lepas itu doktor buat checking macam biasa, dengar jantung baby, tekan-tekan perut. Doktor cakap kaki dah bengkak and baby dah turun. Finally, doktor cek tekanan darah....bukan sekali tapi dua kali. Bila dah pam dua kali dah boleh agak dah mesti problem punya. Yup, betul. 160/100.... Doktor senyum dan cakap 'tekanan darah awak tinggi ni. Kena pergi hospital ye. Masuk ubat. Bersalin paksa. Awak stanby kat luar, nanti pergi hospital naik van klinik'. Aku senyum je. Tak tahu nak cakap apa.....
Bila keluar dari bilik doktor, terus beritahu Abi. Kami tersenggih-senggih sebab tak sangka akhirnya masa yang ditunggu-tunggu tu pun tiba juga. Macam tak percaya. In advanced, nurse siap ucap tahniah lagi. Lebih kurang pukul 12 tengahari, van pun sampai dan bawa ke Hospital Batu Pahat. Abi pula ikut dengan kereta dari belakang. Sampai di hospital, nurse tolak dengan wheel chair terus ke dewan bersalin. Sebelum betul-betul masuk ke dewan bersalin, doktor checking dulu dan tanya macam-macam sampai naik rimas. Kemudian doktor scan baby. Doktor beritahu air ketuban dah kurang dan baby nampak kecik, dalam 2.2 - 2.4 kg. Lepas doktor ambil darah, terus ikut nurse ke dewan bersalin.....
Masa tu lebih kurang pukul 2 petang. Lepas tukar baju hospital, nurse suruh baring sebab nak pasang alat pada perut, untuk dengar jantung baby dan detect contraction. Tak lama lepas tu doktor pun sampai dan pasang grip pada tangan. Dup dap dup dap...dah mula rasa cemas. Aku pun mula berselawat tak henti-henti untuk hilangkan rasa cemas tu. Agak kuat juga aku berselawat sampai doktor tu ingat aku rasa sakit masa grip tu dimasukkan. Masa tu doktor check bukaan laluan baru 3 cm. Rasa cemas datang balik bila doktor nak pecahkan air ketuban. So, sambung berselawat balik. Maka dengan itu, secara rasminya air ketuban pun dipecahkan.....
Selepas ubat dimasukkan, mula rasa sakit selang 15 minit. Rasa sakit macam time period. Malah, lebih sakit lagi. Kemudian doktor beritahu kalau tak ada bukaan terpaksa operate. Arggghhh...cemas lagi! Selawat memang langsung tak lekang dari mulut. Dah tak peduli lagi apa yang ada dekat sekeliling. Bila Abi masuk baru rasa tenang sikit. Tapi tak lama. Dalam 15 minit dah kena keluar balik. Rasa sakit tu berlarutan sampai pukul 5 petang. Doktor check bukaan dah 4 cm. Lepas tu doktor decide nak tambah ubat lagi dan tengok bukaan pada pukul 8 malam pula..... Sepanjang masa dalam dewan bersalin tu, tak putus-putus dengar suara baby menangis. Dalam hati 'bilalah nak sampai giliran aku ni.....?'.
8 malam pun tiba. Lagi sekali doktor check bukaan. Masih 4 cm lagi. Dan dengan itu, doktor pun beritahu kena masuk dewan bedah. Rasa cemas membuak-buak. Ditambah pula bila doktor beritahu risiko-risiko yang mungkin berlaku masa operation. Lepas tu doktor suruh sain surat setuju bedah. Menggigil-gigil rasa nak sain. Ya Allah betul ke ni? Masa nak transfer ke dewan bedah, nurse cakap Abi belum diberitahu sebab doktor cari tak jumpa. Sebaik je keluar dari dewan bersalin aku pun pandang kiri kanan tengok kalau-kalau Abi ada. Aku nampak Abi dan terus panggil dia. Muka Abi nampak terkejut bila aku beritahu yang aku akan dibedah. Aku pun terus salam Abi. Masa tu rasa sebak dalam hati..... Macam mana kalau itu kali terakhir aku dapat tengok muka dia? Dalam perjalanan ke dewan bedah, aku mengucap dua kalimah syahadah. Manalah tahu kalau-kalau Tuhan nak ambil nyawa aku hari tu. Sambil tu aku berdoa, 'Ya Allah andai kau tarik nyawa aku hari ini, aku mohon biarlah anak dalam kandungan ini selamat dilahirkan.....'
Sampai dalam dewan bedah, kena bius separuh badan. Bius diinject melalui tulang belakang. Mengeluh juga doktor bila aku bergerak-gerak masa jarum nak dimasukkan. Sebabnya rasa geli bila doktor tu pegang pinggang. Tapi Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menahan diri dari rasa geli. Dalam dewan tu aku rasa ada dekat 10 orang. Lepas siap setting semua peralatan, doktor suruh angkat kaki. Tak boleh angkat. Maknanya bius dah berkesan. Doktor pun melaksanakan tanggungjawabnya. Masa tu, aku dalam keadaan sedar. Untuk tidak memikirkan yang bukan-bukan, aku berselawat sepanjang masa. Sehinggalah suatu saat bila semua di dalam dewan tu tertumpu pada aku. Setelah mereka bersusah payah, akhirnya terdengar suara baby menangis. Alif Rayyan telah pun dilahirkan pada pukul 9.55 malam. Misi Alif untuk melihat dunia telah pun dilaksanakan. Alhamdulillah......

No comments:
Post a Comment