Alhamdulillah, akhirnya Alif Rayyan dah genap 2 bulan semalam. Sekejap je masa berlalu. Maknanya tinggal sebulan lagi aku akan naik kerja. Arghh!!!! Nanti mesti rindu gila kat Alif. Anyway, seronok betul tengok Alif semalam. Banyak membebel dan gelak-gelak. Tak tahu la apa yang nak dicakapkan tu..... Geram rasa tengok dia. Rasa nak cubit-cubit, nak gigit-gigit! Hahaha.
Meh tengok sikit gambar Alif yang aku snap pagi semalam lepas dia bangun tidur......
Meh tengok sikit gambar Alif yang aku snap pagi semalam lepas dia bangun tidur......
![]() |
| Alif tengah senyum-senyum kambing. Huhu. |
Sepanjang 2 bulan ni, Alif tak banyak kerenah dan tak cerewet sangat. Senang nak jaga. Alhamdulillah, syukur sangat dengan pemberian Allah ni. Kalau tidur malam tu sekali dua je bangun nak menyusu. Sebabnya kami dah train Alif supaya jangan tidur siang lama-lama sangat. Sejam sekali kami akan kejut. Main-main dengan dia. Lagipun itulah salah satu cara untuk mengelakkan baby dari kena kuning/jaundice. Kalau nak tidurkan dia pun senang. Tak perlu buai, tak perlu berdodoi-dodoi bagai. Kadang-kadang tu dia tertidur sendiri. Rasa kesian pun ada jugak. Tapi Abi cakap itulah cara yang terbaik nak ajar anak supaya berdikari. Supaya orang lain tak serik nak jaga Alif.
Hah kat bawah ni gambar Alif tunjuk muncung dia.....
![]() |
| Amboi muncung tu kemain lagi ehhh... |
Selama 2 bulan ni jugak Alif menyusu sepenuhnya dengan susu ibu. Setakat ni belum wujud lagi istilah 'Formula Milk' @ 'Susu Formula' kat rumah kitorang. Yang ada cuma susu pekat manis je dalam peti sejuk. Huhuhu. Aku pun dah start train Alif menyusu pakai botol. (Opppss...takut ada yang terkompius, menyusu dengan susu ibu yang dipam dan dimasukkan dalam botol). Alhamdulillah dia terima dengan jayanya. Aku train ikut waktu yang sama macam waktu aku nak pergi kerja nanti. Start dari 7 pagi - 6 petang guna botol. Lepas tu, 6 petang - 7 pagi breastfeed. Sabtu dan ahad pulak fully breastfeed. Harapan kami supaya Alif membesar dengan sihat dan kuat!
Yok kita tengok lagi pose-pose Alif.....
![]() |
| Seronok betul tengok Alif gelak besar camni.... |
![]() |
| Alif tengah borak-borak dengan Abi. Tah apa yang dia cakap. |
![]() |
| Cenyum, cenyum, cenyum! |
![]() |
| Cuba nak bercakap lagi.... |
![]() |
| Muka baru lepas menyusu. |
![]() |
| Mata sebelum nak tidur. Dah mula kuyu. Huhu. |
Apa-apa pun kami mengharap yang terbaik untuk Alif. Semoga Alif akan menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup satu hari nanti. Amin...
To Alif Rayyan, we love u so much!!! Muaphhhh from ummy and babah....










yeahhhh happy breastfeeding.. seronokkan menyusukan anak.. saat indah bl tgh menyusu, mata dia memandang kiter.. pehhhhhh mmg xjupe mcm tue kalau kiter xbf anak..
ReplyDeleteyup betul 2 salwa!pengalaman menyusukan anak 2 xleh dpt kat mn2.xsemua org blh rs ape yg kite rs.even husband kita pn xdpt pengalaman camni sbb itulah keistimewaan kite sbg seorg ibu.rugi kalau sia2kn....
ReplyDelete