Kasih, Nafas, Diri.....

Misteri..... mengapa hati ini, memilihi kau untuk dikasihi, menjadi rahsia tersirat, tak terurai kata, bagaikan bercantum nafas dan diri. Sebelum aku menjadi tua dan terlupa perkara-perkara yang membahagiakan aku, baik aku catatkan kat sini sebagai tanda ingatan kepada orang yang sangat aku kasihi......

Kisah kami ni berlaku 6 tahun dahulu. Kami bukanlah kawan. Bukan juga musuh. Kami tak kenal pun antara satu sama lain. Puncanya bermula dari seseorang yang bernama Dina. Aku kenal Dina masa sem akhir kat poli PD. Masa tu Dina adalah junior. Kebetulan pula duduk bilik hostel sama aras dengan aku. Macam mana kita orang boleh kenal pun aku dah tak ingat dah. Yang pasti budak-budak junior mekanikal memang suka lepak-lepak dalam bilik aku, tengok VCD haram. VCD haram tu dah tentulah cetak rompak punya, ditambah lagi dengan peraturan tidak boleh membawa VCD. Memanglah haram jadah! Back to the story, Dina ada juga bercerita pasal abang dia. Aku pun sekadar dengar je lah masa tu. Tak ada terfikir apa-apa pun. Satu hari Dina tanya, 'akak nak kenal tak dengan abang kita?'. Aku jawab, 'akak tak kisahlah Dina. Kalau nak kawan-kawan apa salahnya'. Dan pertanyaan Dina tu pun aku anggap hanya sekadar pertanyaan je. Pun tak terfikir apa-apa yang lebih. Sejak dari tu, kita orang pun mula bergurau dengan aku panggil dia adik ipar dan dia panggil aku kakak ipar. Sekadar suka-suka and be sporting je. Sehinggalah akhirnya aku habis belajar dan balik Batu Pahat......

Beberapa hari lepas balik Batu Pahat, tetiba dapat satu sms dari nombor tak dikenali. Orang tu mesej 'dah sampai bp ke?'. Aku tak terfikir seseorang yang jauh sebab nombor tu nombor Johor. 0177 something-something. Aku fikir mungkin member-member sekolah yang sms. Aku pun try call guna telefon rumah sebab tengah sengkek, kredit tak ada. 2, 3 kali call tapi tak angkat. Aku pun biarkan je. Esoknya dapat lagi sms yang sama. Kebetulan pula aku baru je topup. Aku pun sms balik, 'dah sampai dah bp. Sape nih?'. Orang tu, 'ni Abi, abe Dina'. Dari situlah bermula segala-galanya......


Start dari hari tu kita orang berbalas-balas sms. Apa yang kita orang sms tu pun benda-benda biasa je. Macam kawan-kawan. Percaya atau tidak, terpulang pada sesiapa yang nak menilai, tak sampai seminggu Abi dah minta couple dengan aku. Sedangkan masa tu rupa masing-masing pun tak tahu macam mana. Aku cakap dengan Abi, 'bagi saya satu sebab kenapa saya kena terima awak'. Dan dengan panjang lebarnya Abi pun menerangkan dalam sms dia. Dengan penerangan Abi tu aku pun berfikir sejenak. Nak terima ke tak? Aku pun tak tahu dari mana datangnya keberanian. Masa tu 8 Jun 2005, aku terus terima Abi seadanya.....


Tiba-tiba aku rasa nak jumpa. Tapi tak tahu macam mana nak beritahu mak dengan abah yang aku nak ke Seremban. Aku tahu sangat perangai mak abah. Kalau tak ada sebab mesti tak bagi punya. Nak-nak kalau aku cakap nak pergi jumpa boyfriend. Nasib aku baik. Kebetulan masa tu ada seorang member, Sabrina namanya, nak pergi PD tengok rumah sewa. Aku pun minta tolong dia coverline untuk aku. Selain dari Sabrina ada lagi seorang. Fazilah, siap datang jumpa abah, cakap kita orang nak pergi PD tengok rumah sewa. Sambil tu nak jalan-jalan. Release tension konon-kononnya walaupun sebenarnya Fazilah tu tak ikut pun. Kesian abah. Kalaulah abah percaya yang aku tahu jaga diri tak payahlah aku susah-susah tipu. Tipu sikit je bah..... Yang part rumah sewa tu betul. So, seperti yang dirancang, aku, Sabrina dengan 2 orang lagi member gerak ke PD. Sampai je PD kita orang terus pergi tengok rumah sewa. Last sekali aku minta Sabrina hantar ke bus stand PD. Aku plan nak pergi Seremban naik bas. Lepas tu barulah kita orang bawa haluan masing-masing.....


Selepas 45 minit, aku pun sampai Seremban. Aku dengan Abi dah janji nak jumpa dekat Dunkin Donut Terminal 1. Itulah tempat bersejarah kita orang. Buat pertama kalinya aku dengan Abi berjumpa. Masa tu, segan siottttt nak jumpa. Nasib aku dengan Abi sangat cool. Lepas tu Abi bawa aku pergi makan kat Seremban Prade. Siap makan Abi bawa jalan-jalan kat Lake Garden. Bila ingat-ingat balik kelakarnya masa tu. Apalah b ni. Bawalah tempat kelas sikit. Sorry b! Sebelah malam lak Abi bawa makan kat Ampangan. Malam tu aku tumpang tidur rumah Kak Ina, akak Abi nombor 3. Duduk rumah Kak Ina memang best. Meriah sebab anak dia ramai. Masa tu 6 orang. Sekarang dah 8 dah. Esoknya lepas makan tengahari kat rumah Kak Ina aku pun balik BP naik bas. Sampai BP Sabrina ambil aku dan hantar balik rumah.....


Itulah kisahnya macam mana aku dengan Abi kenal dan jumpa buat kali pertama. Kepada 2 orang kawan aku, Sabrina dan Fazilah, terima kasih banyak-banyak. Jasa mu ku kenang sampai bila-bila! Dan kepada adik iparku, Dina, terima kasih banyak-banyak kerana menjadi penyebab kepada kebahagiaan kami sekarang. Dan akak dah tau dah sms yang mula-mula tu Dina yang mulakan dulu. Kan? Lagu kasih nafas diri dari flop poppy adalah salah satu kegemaran aku kerana liriknya yang membuatkan aku teringat sejarah kami......



Di bangku usang sebuah taman
 Di bawah redupan pohon suatu petang
Pada perjumpaan yang kesekian kali
Aku sering tercari jawapannya
Suasana hening seketika
Pabila kau tiba-tiba sahaja bertanya
Suatu persoalan yang teramat sukar
Untuk dijelaskan sejelasnya sampai ke akhir
Misteri.... mengapa hati ini
Memilihi kau untuk dikasihi
Menjadi rahsia tersirat
Tak terurai kata
Bagaikan bercantum nafas dan diri

2 comments:

  1. wahhhh so suweeeettt la kamu nie aja.. hehehe insyaAllah bahagia milik kamu..

    ReplyDelete
  2. ehh br prasan la komen kamo ni.huhu.tqvm.mudah2an....amin...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...