Bermulalah perjalanan Alif untuk mengenal dunia!

Sebaik sahaja misi Alif untuk melihat dunia dilaksanakan, Alif terus dibersihkan dan kemudian ditunjuk kepada aku. 'Puan, nilah anak puan. Cuba tengok jantina anak puan'. Aku, 'baby boy'. Doktor, 'a'a betul baby boy'. Aku, 'keciknya....'. Sambil tergelak, doktor, 'ha'a dalam 2.2 kg. Puan, nafas baby macam laju sikit so kita akan masukkan baby ke wad 12, wad kanak-kanak. Cium baby'. Doktor pun suakan Alif ke muka aku. Aku cium. Tak sampai 5 minit pun kami dapat berkenalan......

Lepas Alif dibawa keluar, aku masih lagi terbaring. Dijahit. Masa tu rasa macam tak bermaya sangat. Kali terakhir makan sebelum ke klinik. 3 biji kuih dengan air kosong segelas. Hausnya! Masa tu badan tak rasa sejuk sebab ada warmer dalam selimut. Tapi mulut menggigil macam kesejukkan yang teramat sangat. Memang pelik. Cuba nak kawal tapi tak boleh. Nurse cuba adjustkan warmer pun tak berkesan......

Siap dijahit, aku dibawa keluar dari dewan bedah dan diletakkan di satu tempat sebelum dimasukkan ke wad. Masa tu cuba nak lelapkan mata tapi tak boleh. Kepala asyik teringat Alif. Keciknya anak ummy..... Setengah jam lepas tu baru dipindah ke wad. Masa keluar, aku pandang keliling. Nampak Abi, along dengan mak. Mereka cepat-cepat ikut. Masuk wad 10. Dah lama tak masuk wad. Kali terakhir masa mak lahirkan aku, 25 tahun dulu. Sebelum semua balik, aku minta air. Tapi nurse tak bagi minum. Katanya takut lain pula yang jadi nanti. Adoi, sabar je lah. Lepas semua dah balik, aku kerling jam kat dinding. Dah 11.30 malam rupanya. Terlelap......


Pukul 4.30 pagi nurse kejut untuk makan ubat. Barulah dapat minum air. Masa tu baru terasa, nikmatnya minum air masak. Bius pun dah makin kurang. Nurse pesan selalu gerak-gerakkan kaki. Pukul 5.30 pagi wad dah terang benderang. Tengok gelagat orang sambil tidur-tidur ayam sampailah hari terang. Kemudian datang nurse pelatih ramai-ramai. Aku masih tak boleh bergerak lagi. So, dia orang kena bersihkan apa yang patut.... Nasib korang la kan. Bila dah boring tidur, borak-borak dengan akak katil sebelah. Sampai sekarang tak boleh lupa. Akak tu cakap masa nak bukak gam yang tutup tempat jahit nanti dia orang rentap. Arghh cemasnya rasa. Sekarang, ohhh akak tipu saya ye. Mana ada rentap. Lemah lembut je nurse tu buat. Puncalah akak ni. Patutlah masa tu darah tinggi aku asyik naik je.....


Waktu melawat pukul 12.30 tengahari. Abi, mak, abah dengan along pun sampai. Ceria sikit rasanya. Dia orang excited nak tengok ahli keluarga baru. Tapi tak dapat sebab hanya aku dengan Abi sahaja yang dibenarkan masuk ke wad 12. Sebelum tu Abi dah pergi tengok Alif, untuk diazankan. Kami tawakal sebab terlambat azan. Semoga pintu hati Alif diterangkan Allah. Masa tu Abi cakap Alif hisap jari. Sedihnya rasa tak dapat tengok..... Bila dia orang sampai tu barulah aku dapat bangun. Serta-merta hati berkobar-kobar nak tengok Alif. Abi pun bawa ke wad 12. Alif tengah  tidur. Sampai je depan Alif, air mata tak dapat dibendung. Menangis sebab tengok saiz Alif yang kecil nak dibandingkan dengan baby lain yang ada kat situ. Lagi sedih bila tengok tangan Alif dipasang dengan grip. Sama besar dengan tangan dia. Rasa bersalah sangat kat Alif. Aku makan sedap-sedap tapi tak sampai kat dia. Kemudian, nurse suruh susukan Alif. 2, 3 kali cuba tapi tak berjaya. Nurse cakap mungkin dia kenyang lagi. Kecewa juga rasa. Tapi diganti dengan berita gembira. Mungkin esok Alif dah boleh keluar. Rasa bersyukur sangat. Waktu melawat sebelah petang pun kami datang tengok Alif lagi. Tak sabar rasanya nak tunggu esok.....


Hari Khamis, 24 Februari 2011. Tik tok tik tok. Akhirnya pukul 12.30 tengahari. Abi pun sampai. Tak lama lepas tu along pula. Aku cakap dengan along, tak datang pun tak apa sebab aku dengan Abi nak pergi spent time dengan Alif. Dia kata tak apa, dia boleh tunggu. So, aku dengan Abi pun pergi tengok Alif. Cari-cari Alif tempat biasa tapi tak ada. Tanya dengan nurse dekat situ rupanya Alif dah pindah tempat. Alif akan di discharge dari wad. Eyayyyy!!! Gembiranya. Tapi belum boleh terus keluar. Kena tunggu sign dari doktor dulu. Kemudian baru nurse akan hantar pada aku. Sementara tu aku cuba lagi susukan Alif. Tak berjaya juga.....


Pukul 2.00 petang waktu melawat habis. Lepas Abi dengan along balik, aku jadi tak senang duduk. Manalah tak sampai-sampai. Lebih kurang pukul 2.30 petang aku nampak dua orang nurse masuk sambil bawa baby. Dalam hati, Alhamdulillah. Sebaik sahaja dapat Alif, aku terus mesej Abi. Dan buat pertama kalinya aku tukarkan baju Alif. Kemudian datang seorang nurse pelatih. Dia cakap cubalah susukan Alif. Aku pun cuba. Berkali-kali tak boleh. Macam-macam cara aku buat tapi Alif tak dapat juga menyusu. Tengok keadaan aku, nurse pelatih tu panggil seorang nurse yang berpengalaman. Selepas ditunjukkan cara yang betul, akhirnya aku dapat melaksanakan tanggungjawab aku sebagai seorang ibu. Petang tu, Abi dengan along datang lagi. Akhirnya along dapat juga tengok anak buah dia yang baru. Abi pula asyik tersengih-sengih tengok Alif. Sepanjang hari tu aku tak berenggang pun dengan Alif......


Hari Jumaat, 25 Februari 2011. Aku dapat berita gembira. Aku akan di discharge dari hospital. Tapi belum pasti samada tengahari atau petang. Aku mesej Abi berita gembira tu. Dalam hati sentiasa berharap dapat keluar tengahari tu sebab dah terlampau bosan duduk hospital. Penghuni katil sebelah pun dah berganti-ganti tapi aku tak balik lagi. Tengok Alif tidur aku pun ikut sama tidur. Biar masa cepat berlalu. Akhirnya pukul 12.30 tengahari Abi pun sampai dengan mak. Aku suruh Abi tanya dekat kaunter samada aku dah boleh keluar atau belum tapi mak tak bagi. Mak kata tunggu sampai nurse beritahu. Sampailah waktu melawat tamat tak ada nurse datang beritahu. Mak cakap petang agaknya baru keluar. Kemudian mak dengan Abi pun gerak balik. Tak sampai 5 minit keluar dah masuk balik. Abi cakap dah boleh keluar. Aku pun apa lagi cepat-cepat kemas apa yang patut sementara Abi pergi bayar bil hospital. Akhirnya selesai segala urusan. Alhamdulillah. Lebih kurang pukul 2 lebih kami gerak balik rumah. Maka, bermulalah perjalanan hidup Alif Rayyan untuk mengenal dunia......


Alif masa usia 5 hari. Kurus sangat-sangat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...