Induksi oh induksi

Hari tu berharap sangat nak pergi induksi. Sekarang dah dapat betul-betul barulah rasa macam 'alamak cepatlah pulak!'. Belum bersedia nak tinggalkan Alif lelama. Nak-nak dia masih lagi 'terikat' dengan aku. Aku kan sumber inspirasi dia bila nak tidur!

Memang boleh tolak tapi lecehlah pulak nak kena tunjuk sebab. Lagipun bila fikir-fikir balik, tahun ni aku belum pergi mana-mana kursus lagi. Penjawat awam macam aku ni perlu berkursus sekurang-kurangnya 7 hari dalam setahun. Kalau aku pergi induksi ni dah cukuplah koata aku tahun ni. Extra seminggu lagi!

Dan yang paling PENTING, induksi ni untuk pengesahan jawatan. Requirement untuk aku sahkan jawatan:
1) Lulus Peperiksaan Perkhidmatan Awam - LULUS
2) Lulus Peperiksaan JKR - LULUS
3) Induksi Umum 2 minggu
4) Induksi khusus 4 hari (State lain sikit dari federal. Kalau federal, induksi 2 minggu tu merangkumi umum dan khusus sekali).

2 daripada 4 step tu aku dah lepas. Sekarang tinggal step ke 3 dan ke 4 je. Rasanya tak patut aku sia-siakan effort aku kan? 

Wokeh sekarang apa yang aku risaukan ialah tempat yang aku berkursus tu - Hotel Seri Malaysia Larkin tak providekan mini bar. So, macam mana aku nak simpan stok EBM? Takkan nak buang pulak? Sayang! Sebab selalunya EBM aku 1 hari banyak.

Untuk Alif pulak aku memang tak risau sebab stok frozen EBM mencukupi untuk 2 minggu tu. Nasiblah aku dah fikir siap-siap kalau hal-hal macam ni terjadi. Aku cuma perlu ajar mak dengan Abi macam mana nak handle frozen EBM tu.


Stok EBM Alif. Agak lintang pukang susunannya. Hurmmm kenalah susun balik nanti.

So, strategi aku sekarang (fuhhh ala-ala tentera gitu):
1) Mintak jasa baik hotel tu untuk tumpangkan EBM aku dalam fridge diorang.
atau,
2) Beli cooler box, pastu pastikan hari-hari isi dengan ais. Mana nak dapat ais? Curi-curi keluar dari tempat persembunyian (sebab aku bawak kereta sendiri). ^-^
atau,
3) Tumpang fridge si Aril (anak along aku yang kerja JPJ dan duduk kat Taman Daya, JB. Bujang trang tang tang lagi anak buah aku tu. Ada sesiapa nak masuk minang?). Along kata dari tempat aku menginap nak ke rumah Aril dalam setengah jam. So, tiap-tiap malam lepas abih kelas aku pergi hantar kat rumah dia.
atau,
4) Ni pilihan kedua terakhir ni. Sebab aku tanak menyusahkan sesiapa seboleh-bolehnya. Tumpang fridge kawan aku. Katanya husband dia kerja area-area situ. Dia akan bincang dengan husband dia kalau-kalau husband dia tu boleh datang amek dengan aku SETIAP HARI. (Gila menyusahkan orang kan aku ni???).
atau,
5) Yang ni pilihan terakhir sekali. Bila semua yang di atas memang dah tak boleh nak di adjust lagi. B.U.A.N.G. S.A.H.A.J.A! Sekian....>>> T_T


Benci aku aihhhh!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...