Hidup bersemak samun dengan hutang!!!

Tiap-tiap bulan bila time dapat gaji, dalam kepala aku ni takde langsung fikir nak shopping sakan ke, enjoy sakan ke, holiday sakan ke. Yang duk bermain dalam kepala aku ni mesti pasal nak setelkan hutang. Hah tu jelah yang paling sakan sekali aku buat tiap-tiap hujung bulan! Hahahaha.




Sekarang ni bila dah besar, dah bekerja dan dah berkeluarga barulah aku tahu macam mana susahnya mak dengan abah aku cari duit nak membesarkan aku adik beradik. Macam-macam benda nak kena setel weyhhh. Contoh macam aku, tiap-tiap bulan nak kena bayar duit kereta. Bukan satu tapi dua biji pedati aku. Kalau yang tak tahu mesti akan cakap lebih kurang macam ni 'dah tahu takde duit nak jugak pakai dua kereta dan blablabla'. 


Wokeh bagi yang tak tahu tu meh sini aku bagitau.....

Dulu kancil adalah pedati aku. Dipendekkan cerita, pedati aku tu hilang masa cuti krismas tahun lepas. Nak tak nak terpaksa jugaklah kitorang cari pengganti memandangkan masa tu aku pun tengah preggy 7 bulan. Tak larat aku nak pergi kerja turun naik bas dari Batu Pahat ke Parit Raja. Lepas tu tumpang plak officemate dari Parit Raja ke Kluang. So, Abi pun decide untuk cari pengganti lain sebab kesian sangat tengok keadaan aku tu (kononnya!). Dengan itu bertambahlah hutang yang sediada. Tapi bersyukur jugaklah sekarang. Genap 2 minggu lepas Alif dilahirkan, pedati tu jumpa balik. Fuhhh lega! Takdelah ralat sangat rasa nak kena bayar dua biji pedati.


Nilah pedati aku yang kedua tu.....
.
.
.
.
.
v
Caye tak? Caye tak? Hakhakhak.

For the time being, aku dengan Abi masih lagi duduk rumah parents aku. So, takkan nak duk free-free je ye tak? Sendiri mau ingatlah! Kena jugak keluar duit untuk bayar segala bil-bil utiliti. Dorang tak suruh bayar duit sewa pun dah cukup baik! Kuikuikui. Tapi kalau dikira-kira, jumlah semua bil utiliti rumah tu lepas la nak sewa rumah lain. Huhuhu~.

Itu baru dua benda yang aku kena fikir. Ada lagi satu benda ni pun aku kena kasi setel jugak tiap-tiap bulan. 
.
.
.
.
.
v


Yup! Hutang belajar. Bukan satu tapi dua jugak. Satu hutang dengan Kementerian Pelajaran Malaysia masa amek sijil kat poli dulu (sekarang kena bayar kepada Kementerian Pengajian Tinggi), RM 6k dan lagi satu hutang dengan MARA masa amek dip, RM 3,130.58. Pinjaman MARA tu pada asalnya adalah RM 31,305.80. Yang bagusnya pasal MARA ni, dia bagi pengurangan kadar bayar balik pinjaman mengikut pointer. Nasiblah aku tak main-main sangat masa belajar dulu. Mengikut pointer yang aku dapat, aku layak mendapat diskaun sebanyak 90%. Rugi rasa pointer aku tak up lagi. Kalau tak, jadi BIASISWA beb!


Tapi aku kasi setel satu-satu dulu. Setakat ni aku dah berjaya setelkan hutang MARA tu bulan April lepas. Eyayyy! Satu beban dah setel!!!
.
.
.
.
.
v
Alhamdulillah.....


FYI, MARA hanya support untuk IPTS sahaja. Yup! Aku belajar kat kolej swasta je dulu (DIIKTIRAF AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA - MQA wokeh!). 

Diploma aku dikeluarkan tahun 2008.


Setel hutang MARA, aku start pulak bayar hutang KPT bulan lepas. Nak ikutkan surat arahan untuk bayar selepuk dah sampai kat aku pertengahan April lepas. Tapi aku mana mampu nak bayar selepuk. Saving pun takde. So aku decide nak bayar sikit-sikit. Aku target nak setelkan dalam 2 tahun.

So, sekarang ni planning hidup aku adalah.....

1) Habiskan bayar kancil. Februari 2012 last payment. (Tak sabar nak tunggu).

2) Bayar duit mak. (Lupa plak aku ada hutang dengan mak duit ekon. Ekekeke).

3) Setelkan hutang KPT dalam 2 tahun.


4) Penuhi requirement untuk sahkan jawatan.


5) Keluarkan epf aku yang ciput tu. Simpan sikit. Enjoy sikit. Hurmm tak pun buat down payment beli rumah ke. (Akan difikirkan kemudian).


6) Setelkan hutang cik Bibah pulak.


7) Naik pangkat.


8) Naik pangkat.


9) Naik pangkat. Hahahah!


10) Pencen. Anak(s) dah besar-besar. Pergi holiday @ haji berdua dengan Abi. (Mudah-mudahan...)


Yang penting aku kena BERDOA! Semoga aku panjang umur dan dapat setelkan apa yang patut sebelum mata terpejam rapat!


Fuhhhh mendalam tak ayat aku tu????? Gileee drama betul ayat!













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...