Bertambah setahun lagi??!!!

Pada tanggal 19 Mei 1985 maka lahirlah seorang puteri yang sangat cantik rupawan, jelitawan dan putih gebu bak puteri salju..... (Dah la tu Aja oiiiiiii. Berangan tak habis-habis!)

Semalam 19 Mei 2011. Dah bertambah lagi dah umur aku ni. Selamat hari jadi yang ke-16 ke-26 untuk aku. Sweet 26. (Ehhhhh ada ke?).

Seriously, aku memang tak ingat langsung pasal birthday aku. Before 12am tu tetiba dapat mesej dari maxis yang wish happy birthday. Tup! Terus teringat. 

Bukak facebook semalam ramai pulak yang wish happy birthday kat wall aku. Dari pagi bawak ke malam. Ada saje yang bagi wish. Sangat terharu. 

Yang membuat aku lagi terharu bila dapat satu mesej pukul 8.11am dari seorang kawan yang berada nun jauh di Melbourne, Australia. Thanks to Rashida Rashid yang tidak pernah lupa untuk wish aku pada setiap tahun! Luv u so much! Weyhhh aku nak kangroo seko!

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN!

Mesti ada yang tertanya-tanya, apakah hadiah istimewa yang akan diberikan oleh Abi aka En Hubby aka babah Alif kan? Hadiahnya ialah............ (sila lihat di bawah)




















bawah lagi..........




















Jumpa tak? Cuba tengok betul-betul.




















Tak jumpa jugak? Memanglah tak jumpa sebab tak ada. Hahahah. Bestnye dapat buli orang time-time birthday ni! Yup betul tak ada sebabnya Abi lupa semalam birthday aku. And until now pun dia tak hengat birthday bini dia! Memang nak kena babab dia ni! 

Tapi, aku mang tak kesah sangat pasal birthday aku ni. Siyes! Betul aku tak kesah! Dah biasa dah. Tiap-tiap tahun mesti dia tak hengat punya. Dia akan ingat masa bila, bila aku wish birthday dia. Sebab yang dia ingat cuma birthday aku sampai dulu then baru birthday dia bulan Jun. Masa tu barulah dia cakap 'kenapa tak beritahu?'. Der... tak reti aku nak beritahu. 'Wak arini birthday orang. Sila bagi hadiah!' Huhuhu tak retilah.

Tapi ada 2 kali yang dia ingat dan buat kezutan kat aku. (Seingat akulah 2 kali. Aku pun dah lupa. Huhu)Kali pertama masa aku belajar dulu. Tahun 2007. Sanggup dia datang malam-malam dari Seremban ke Mantin naik motor semata-mata nak jumpa aku. Lepas tu lalu pulak kat bukit Matin tu yang memang top pasal cerita-cerita momok. Dah la datang tak beritahu. Tengok-tengok dia mesej cakap dah sampai. Terharu giler masa tu! Kendian masa kat kedai makan pulak Abi bagi lagi satu kezutan. Tiba-tiba dia letak sesuatu kat atas meja....

Tu dia. Cincin time kapel-kapel. Huiii bahagia sangat time dapat benda ni. Tapi sayang, cincin ni ada tiga batu, satu batu dah hilang pulak. Yang lagi sayangnya cincin ni tersimpan je dalam kotak tu. Sebabnya dah tak muat untuk disarungkan dijariku yang dah comel sangat ni. *sigh*.

Kali kedua pulak tahun 2008. Aku dah kerja time tu kat Seremban. Hari tu sanggup dia cuti kerja sehari untuk buat kezutan kat aku. Special jugak la aku rasa coz ada kek, kfc dan juga......
Dan juga binatang ni. Huhu. Dia bagi aku tabung. Tabung buat simpan duit kawin. Hahaha. Tabung ni memang banyak berjasa dengan aku. Dulu time aku sesak aku akan korek-korek sampai terkeluar isi perut dia. Hihihi. Sekarang ni aku dengan Abi buat simpan duit untuk Alif. Ditegaskan disini, ALIF SAHAJA.

Anyway, birthday Abi dah nak sampai 5 Jun ni. Apa aku patut bagi ye...... Hurmm....



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...