Bagus sangat ke susu ibu?!!
Tak terlintas langsung aku nak bagi fully breast milk (BM) kat Alif. Aku rasa BM ni takde bezanya pun dengan formula milk (FM). Sama je (BM = FM). Fungsinya untuk mengenyangkan baby kan??
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ini pandangan aku masa baru-baru mengandungkan Alif dulu.
Masa tu aku siap dah riki-riki lagi FM mana yang aku patut bagi. Lagipun aku kan kerja macam mana nak breastfeed (BF) Alif? Takkan nak pikul Alif bawak pergi kerja? Lainlah kalau aku ni fulltime housewife. Boleh usung kulu kilir si bujang senang sorang tu.
Then, bila pergi check up masa preggy tu, kena brain wash dengan misi pasal BF, BM dan semua-semualah yang sewaktu dengannya. Aku bagi alasan yang aku bekerja. Tak boleh nak BF. Dia pun explain la kat aku dengan penuh sabar. ^_^
Rupa-rupanya orang yang bekerja macam aku pun masih boleh bagi baby minum BM. Tak semestinya bila nak bagi baby minum BM kita perlu direct BF je. Ada caranya. Senang je iaitu dengan.................
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pam dan simpan je kot. As simple as that. Huhuhu. Jahilnya aku!
Sekarang aku dah ikut cakap misi. Bagi baby minum BM je. Setakat ikut tapi tak tahu keistimewaannya pun tak guna gak. So, aku pun meng'google' la ke sana sini mencari info pasal kebaikan susu ibu. Semua maklumat yang aku dapat mengatakan susu ibu adalah yang terbaik sekali.
Soalnya sekarang, apa yang terkandung di dalam susu ibu yang menjadikannya bagus untuk Alif?
1) Kolostrum iaitu susu yang dihasilkan pada akhir tempoh mengandung sehingga beberapa jam selepas bersalin. Bertindak sebagai imunisasi pertama kepada bayi yang mampu melawan pelbagai jangkitan penyakit. Kandungan protein 3 kali ganda dari susu ibu biasa. Yang bestnya, belum ada satu teknologi pun yang dapat meniru khasiat kolostrum ni. (Hurmm aku tak pasti la samada Alif dapat ke tak kolostrum ni sebab aku start menyusukan dia pada hari ke-2).
2) Zat makanan dalam kuantiti yang betul dan kandungannya berubah mengikut keperluan bayi membesar dan mencukupi untuk bayi.
3) Enzim lipase yang menghadamkan lemak.
4) Sel darah putih hidup yang membunuh bakteria.
5) Antibodi yang mampu menentang jangkitan penyakit biasa sehinggalah bayi membentuk antibodinya sendiri.
6) Asid yang berguna untuk pertumbuhan sistem tumpuan nervous. (Jangan salah faham lak. Asid yang dimaksudkan kat sini ialah asid yang baik tau. Bukan asid yang selalu kita dengar yang membahayakan tu. Huhu).
. . . . . . . . . . . . . . . . . . . .
Untuk aku, dengan segala kebaikan yang ada, aku sangat-sangat menyokong BM. Tapi aku tidak pula memperlekehkan ibu-ibu yang memilih FM. Setiap ibu mempunyai alasan di atas setiap pilihan dorang sendiri. Mungkin sesetengahnya mempunyai masalah-masalah tertentu yang menyebabkan dorang tidak dapat memberi BM pada baby.
Dengan itu, aku tidak berhak dan tidak patut mengadili dorang. Aku jugak tak boleh kata baby yang minum BM lebih pandai dari yang minum FM. BM hanya mempercepatkan perkembangan IQ bayi je (ni pendapat peribadi aku je tau). Banyak faktor lain yang boleh menyebabkan bayi FM lebih bijak dari bayi BM. Contoh yang terdekat dengan aku adalah anak buah aku sendiri yang minum FM tapi masih boleh skor 7A dalam PMR. (Cayalah Fami!).
Pape pun sehingga hari ini aku amat-amat bersyukur kerana rezeki untuk Alif Rayyan merasa BM masih ada. Punca utama bila aku jadi kuat untuk bagi fully BM kat Alif ialah masa Alif lahir dengan berat 2.27kg je. Naluri seorang ibu!
Happy breastfeeding!!





wahh ummi alif semakin mahir ttg susu ibu.. hehe..
ReplyDeletemmg yea ja.. kiter bf anak sbb kiter fhm dan tau aper kebaikan susu ibu.. bg ibu yg xbf anak, mungkin mereka xtau.. mungkin mereka kurang ilmu.. mungkin mereka xterdedah ttg kebaikan susu ibu.. kiter yg bf anak nie bertuah.. kiter dpt blajar dan dpt kenali antara bf mom yg lain.. slain menyokong dan menajdi rujukan sesama kiter..
haha.hihi.huhu.anda adalah pengomen tegar blog sy.sy ske.sy ske.hehe.tanks salwa.yup btol ape ko ckp 2.mommies yg bg ank dorg fm 2 sbb x terdedah psl benda2 ni sume.sblm ni aku pn mcm 2 jugak.nseb bek misi kk pesta 2 bg pendedahan kat aku.pas2 dgn support org2 mcm ko lg.br lah mcm tersedar dr khayalan.cewahhh!!!
ReplyDelete