Berikut merupakan tips-tips yang boleh digunapakai oleh setiap pasangan suami isteri yang mempunyai masalah kesukaran untuk mendapatkan zuriat.
1) FAHAMI BAGAIMANA PROSES KEHAMILAN TERJADI
Memahami bagaimana sistem reproduksi berfungsi membuatkan pasangan peka kepada faktor-faktor kesuburan dan seterusnya memahami mengapa gagal hamil.
Bagaimana sistem reproduksi wanita berfungsi?
Telur akan dikeluarkan oleh ovari pada setiap pertengahan bulan (jika haid teratur). Jika pasangan berhubungan pada masa ini, sperma akan berenang ke dalam rahim dan bertemu dengan telur yang menanti di saluran peranakan (fallopian). Persenyawaan akan terjadi. Telur yang bersenyawa akan mengimplantasi maka terjadilah kehamilan.
2) BERJUMPA DOKTOR
Jangan malu atau segan untuk berjumpa doktor bagi memastikan suami isteri bebas dari sebarang masalah!
Jika haid isteri teratur dan suami isteri telah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, ujian analisa sperma dan HSG (hysteros-salphingography) boleh dilakukan untuk memastikan salur fallopian tidak tersumbat.
Penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil adalah seperti cyst, endometriosis atau fibroid. Rawatan yang berkesan dapat diberikan sekiranya diagnosa dibuat diperingkat awal untuk mengatasi masalah sukar hamil. Tapi, malangnya ramai wanita mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala.
3) BERAT BADAN IDEAL
Faktor berat badan terlalu besar atau terlalu kurus boleh juga memberikan masalah kepada kesuburan. Kira Body Mass Index (BMI) dan kawal berat badan. Berat yang optimal adalah BMI antara 20-24.
4) KETAHUI WAKTU SUBUR
Hari subur isteri cuma 4-5 hari sebulan!
Untuk meninggikan peluang hamil, suami isteri perlu mengetahui dengan tepat hari subur isteri.
Jika haid isteri adalah teratur, maka lebih tepat untuk mengira hari subur isteri. Catatkan suhu badan asas (BBT). Lendir serviks yang lebih licin dan senak perut di tengah bulan adalah tanda-tanda ovulasi. Untuk lebih tepat, beli kit ovulasi di farmasi.
5) KERAP BERSAMA
Untuk hamil dengan cepat, lakukan seks dengan lebih kerap!
Suami isteri disarankan bersama 3-4 kali seminggu dan setiap hari pada waktu subur.
Missionary position iaitu posisi suami berada di atas mungkin posisi terbaik untuk memastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik.
Letakkan bantal di bawah punggung isteri selama 30 minit atau pun selepas ejakulasi, biarkan zakar suami berada di dalam faraj selama 15 minit.
6) TINGKATKAN KESUBURAN SUAMI
Suami perlu menjalankan cara hidup sihat!
Makan makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari minuman keras untuk memastikan kesihatan reproduksi pada tahap optimal.
Berbincang dengan doktor jika terdapat isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang. Ia mungkin penyebab mengapa isteri lambat hamil.
7) MENGAMBIL MULTIVITAMIN
Isteri disarankan untuk mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Untuk meningkatkan pengeluaran sperma pula, suami adalah disarankan untuk mengambil suppliment zinc.
8) BERSENAM SECARA RUTIN
Untuk persediaan menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.
9) MAKANAN SEIMBANG
Masalah ovulasi berkait rapat dengan PCOS. PCOS, masalah kebal terhadap insulin, adalah salah satu sebab mengapa isteri sukar hamil. Kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi dengan hanya mengawal diet.
> Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (terdapat dalam makanan segera).
> Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging.
> Makan makanan yang berfiber tinggi seperti sayuran dan whole grains seperti oats.
> Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dll.
> Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese.
10) KURANGKAN TEKANAN
LIfe is stressful!
Lakukan aktiviti-aktiviti ringan untuk mengurangkan tekanan yang biasanya dikaitkan dengan masalah kesuburan.
11) JAUHI DADAH, ROKOK DAN MINUMAN KERAS
Dadah, rokok dan minuman keras memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan! Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.
....................
Maklumat ini telah saya dapatkan melalui pencarian melalui google dan diolah sedikit supaya lebih mudah difahami.
>>SET KESUBURAN SHAKLEE<<
Cadangan set kehamilan SHAKLEE ini mengandungi:
1) VITA-E COMPLEX
2) ZINC COMPLEX
3) GLA COMPLEX
4) B-COMPLEX
Set ini adalah cadangan sahaja untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan dan kesuburan suami isteri. Pembelian mengikut bajet dan keperluan juga boleh dibuat melalui saya. Hanya hubungi saya untuk mendapatkan maklumat mengenai pakej-pakej yang saya tawarkan.
Suka juga saya tekankan di sini, pengambilan suppliment tambahan hanyalah salah 1 IKHTIAR. Setiap rezeki yang diberikan adalah hakmilik mutlak Allah SWT. Mudah-mudahan dengan berkat doa+usaha+tawakal setiap pasangan akan diberikan peluang oleh MAHA PEMBERI REZEKI. Insyallah........ :)
....................
Saya adalah pengedar sah SHAKLEE dan membuat penghantaran ke seluruh Malaysia. Yang berminat boleh menghubungi saya dan seterusnya mendapatkan konsultasi secara percuma apabila membuat pembelian melalui saya.
SITI HAJAR BINTI ISMAIL
>> SHAKLEE Independent Distributor [ ID : 974120 ] <<
>> FB : Aja Abiey <<
>> Contact No : 012-757 6706 <<
>> Email : aja-abiey@yahoo.com <<
*Produk-produk ini tidak bertujuan untuk mengdiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



No comments:
Post a Comment